Format Buku Elektronik PL2220

31 08 2008

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Format Buku Elektronik PL2220 (2008/2009)

Muat turun dokumen asal dengan mengklik format_buku_elektronik.

Baca dengan teliti tatacara penyediaan buku elektronik untuk pembentangan pada tutorial kursus PL2220. Tatacara menyediakannya adalah seperti berikut:

 

 

  1. Sediakan sebuah folder baharu; ubah namanya daripada ‘New folder’ kepada ‘07B9999 Awg. Aliamat bin Omar Ali’ (nombor pendaftaran dan nama penuh awda).
  2. Bina dua set ujian menggunakan Hot Potatoes.
  3. Tajuk Ujian 1 ialah ‘Ujian Prapembentangan’.
  4. Tajuk Ujian 2 ialah ‘Ujian Pascapembentangan’.
  5. Kedua-dua ujian ini boleh hasil daripada gabungan beberapa ujian, misalnya Ujian 1 menggunakan JCloze, JQuiz dan JMix. Awda boleh melakukan penyatuan menggunakan The Masher. Oleh itu, jika awda melakukan perkara ini, hal ini bermaksud awda menggunakan The Masher sekali untuk Ujian Prapembentangan dan sekali lagi untuk Ujian Pascapembentangan.
  6. Ujian-ujian ini hendaklah sesuai dengan tajuk dan isi kandungan pembentangan.
  7. Ujian Prapembentangan digunakan untuk menguji penguasaan rakan-rakan lain tentang tajuk; manakala Ujian Pascapembentangan dibuat untuk menguji keberkesanan pembentangan.
  8. Simpan kedua-dua set ujian ini dalam folder tadi (fail dalam bentuk asalnya seperti .jcq, .jcl dan dalam bentuk yang sudah dieksport iaitu .html).
  9. Awda juga perlu menyimpan buku elektronik Microsoft PowerPoint dalam bentuk asalnya (.ppt, bukan .pptx) dalam folder ini.
  10. Buku elektronik awda mengandungi tiga bahagian:
  11. Bahagian A: Ringkasan artikel yang diberikan.
  12. Bahagian B: Ulasan awda mengenai artikel tersebut (Antaranya: Setujukah awda mengenai dapatan yang diberikan dalam artikel? Apa kata buku-buku rujukan wajib mengenai perkara yang dibentangkan artikel? Apa pula kata buku-buku lain mengenainya? Betulkah kesalahan ini kerap berlaku? Berikan contoh-contoh kesalahan sama.)
  13. Bahagian C: Kedudukan isi kandungan artikel dalam buku Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Negara Brunei Darussalam untuk peringkat sekolah rendah dan menengah.
  14. Selepas awda menyimpan buku elektronik tersebut ke dalam folder tersebut, rakam suara awda iaitu menggunakan kemudahan ‘Record narration’ yang terdapat pada perisian Microsoft PowerPoint.
  15. Fail suara awda dengan sendirinya akan dimasukkan dalam folder tersebut.
  16. Peringatan: jika awda menggunakan fail gambar, bunyi-bunyian dan media yang lainnya, pastikan semua media itu berada dalam folder ini.
  17. Setelah buku elektronik awda lengkap dan betul, simpan ia sebagai PowerPoint Show (.pps dan bukannya .ppsx)
  18. Pastikan awda sudah memeriksanya berulang kali.
  19. Markah akan dipotong jika ada kesalahan tatabahasa.
  20. Sediakan lagi sebuah dokumen Microsoft PowerPoint. Pada fail tersebut, tuliskan nama penuh awda, nombor pendaftaran, program awda dan maklumat-maklumat lain yang ingin awda kongsikan. Jika mahu masukkan gambar awda di sana. Pastikan ia ditulis dalam keadaan yang amat kreatif. Simpan ia sebagai ‘Maklumat pembentang.pps’.
  21. Sekarang, periksa semula folder awda:
  22. Pastikan semua fail yang dinyatakan di atas terkandung dalam folder ini.
  23. Setelah pasti, buka The Masher dan hasilkan satu lagi fail indeks untuk pembentangan awda. Indeks utama pembentangan awda harus mengandungi empat pautan berikut:
  24. Ujian Prapembentangan.
  25. Punca Salah Ejaan ‘Kebanyakkan’ (tajuk pembentangan awda).
  26. Ujian Pascapembentangan.
  27. Maklumat pembentang.
  28. Awda diminta menghantar salinan folder ini kepada saya selepas pembentangan menggunakan ‘pendrive’.







Follow

Get every new post delivered to your Inbox.