Rujukan APA

17 10 2008

Salam,

 

Pada saat-saat akhir ini, masih lagi ada pelajar yang ragu-ragu mengenai bagaimana rujukan dibuat. Perhatikan panduan yang disediakan di sini (http://en.wikipedia.org/wiki/APA_style).

Untuk rujukan yang tidak berpenulis, awda boleh menggunakan cara berikut (jika buku):

 

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Pastikan nama buku ditulis penuh dan dicondongkan. Setiap awal kata ditulis dengan huruf besar kecuali kata tugas. Jika awda tidak menulis tajuk sesuatu buku itu sepenuhnya (misalnya Kamus Dewan sahaja), rujukan ini dikira salah. Awda juga perlu berhati-hati dengan tahun; gunakan tahun penerbitannya terkini.

 

Sekian dan semoga maju jaya.

 

Aliamat





Macroshot?

10 10 2008

Salam,   Lihat gambar-gambar di bawah ini. Dua daripadanya dirakam menggunakan teknik ‘macroshot’.  

  Perhatikan subjek dan latar belakang. Klik gambar agar keterangan lanjut dapat dibaca.   Sekian,   Aliamat





Projek Ingau Bahasa Siri 4

8 10 2008

Salam,

 

Untuk projek ini (siri 4), sila cari dan gambar kesalahan tatabahasa yang tercatat pada label makanan atau minuman. Saya rasa awda pada hari raya ini lebih banyak membeli makanan/minuman yang labelnya dalam bahasa Melayu.

JANGAN pilih kesalahan yang ada kaitan dengan imbuhan {di-}; kata sendi nama {di}; ejaan pada kata nama khas (misalnya Sehat) dan sebagainya.

Teknik penggambaran: gunakan ‘macroshot features’ untuk penggambaran (selalunya berlambangkan bunga).

Hantarkannya pada Sabtu, 25 Oktober 2008.

Harap maklum,

 

Aliamat





Esei PL2220

8 10 2008

Salam,

 

Awda akan menghantar esei dan analisis tatabahasa dalam karangan pada minggu hadapan. Untuk itu, amnya awda akan menulis mengikut format yang diberikan di bawah ini:

 

  1. Pengenalan: Rasional kajian, latar belakang penuntut; sedikit maklumat mengenai karangan yang dikaji; perbezaan antara kesalahan dan kesilapan dan lain-lain.
  2. Analisis karangan, kesalahan dan kesilapan yang tercatat (mengikut tajuk-tajuk kecil seperti kesalahan/kesilapan ejaan; kesalahan/kesilapan tanda baca; kesalahan/kesilapan kata tugas; kesalahan/kesilapan struktur ayat; kelewahan; kekaburan makna dan lain-lain), pembetulan yang dicadangkan dan lain-lain.
  3. Penutup (tidak mengikut urutan): Dapatan yang memeranjatkan; perkara yang dapat diambil iktibar daripada kajian ini; kajian akan datang yang dapat dihasilkan daripada kajian ini dan lain-lain.
Petua yang perlu diikuti:
  1. Jangan gunakan ‘pengkaji’ atau ‘penyelidik’ walau sekalipun untuk merujuk diri sendiri misalnya pada ayat “Pengkaji mendapati dua kesalahan…”.
  2. Untuk mengelakkannya, pasifkan ayat ini menjadi “dua kesalahan didapati…”.
  3. Pastikan jidar 1 inci di sekeliling halaman.
  4. Dua langkau untuk perenggan biasa.
  5. Gunakan font ‘TImes New Roman’ bersaiz 12.
  6. Pastikan nombor halaman tercatat.
  7. Jangan hanya menulis Tatabahasa Dewan. Gunakan namanya yang penuh.
  8. Gunakan rujukan format APA. Rujuk di Wikipedia mengenai format APA.
Petua-petua lain akan diberitahu dari semasa ke semasa. Awda boleh menghantar soalan kepada saya melalui emel saya.
Selamat menulis.
Aliamat.




Ingau Bahasa Siri 4

8 10 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Projek Ingau Bahasa yang dijadualkan dihantar pada minggu hadapan telah saya batalkan. Hal ini kerana awda akan menyiapkan dan menghantar tugasan esei kursus ini pada minggu hadapan (18 Oktober 2008).

 

Harap maklum.

 

Aliamat.





Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

26 09 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,

Dalam tulisan kali ini, saya ingin mempelawa semua pelajar PL2220 khususnya untuk menggunakan ruang komen di sini untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pensyarah dan rakan-rakan yang berada di Universiti Brunei Darussalam.

+++

Saya dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin; dan juga ucapan selamat bercuti kepada semua pembaca blog ini. Semoga semua amalan baik kita sepanjang tahun diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, amin.

Klik sini.

Aliamat dan keluarga,

Brunei Darussalam





Rujukan lain

19 09 2008

Selain daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga; Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah; Petunjuk Tatabahasa dan Petunjuk Bahasa, awda boleh merujuk laman sesawang di bawah ini:

 

  1. http://noraza79.blogspot.com/2008/07/pmr-pembentukan-kata-majmuk.html
  2. http://www.tutor.com.my/stpm/pengimbuhan%20kata%20majmuk/pengimbuhan_kata_majmuk.htm
  3. PENATARAN BAHASA
  4. http://www.dbp.gov.my/klik2okt5.pdf
Yang penting, awda tidak keliru dengan maklumat yang diberikan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2008, hlm. 74 iaitu mengenai bentuk yang bukan kata majmuk.
Semoga maju jaya.
Aliamat







Follow

Get every new post delivered to your Inbox.