Salam,
Pada saat-saat akhir ini, masih lagi ada pelajar yang ragu-ragu mengenai bagaimana rujukan dibuat. Perhatikan panduan yang disediakan di sini (http://en.wikipedia.org/wiki/APA_style).
Untuk rujukan yang tidak berpenulis, awda boleh menggunakan cara berikut (jika buku):
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pastikan nama buku ditulis penuh dan dicondongkan. Setiap awal kata ditulis dengan huruf besar kecuali kata tugas. Jika awda tidak menulis tajuk sesuatu buku itu sepenuhnya (misalnya Kamus Dewan sahaja), rujukan ini dikira salah. Awda juga perlu berhati-hati dengan tahun; gunakan tahun penerbitannya terkini.
Sekian dan semoga maju jaya.
Aliamat
Komen Terbaru