Cadangan baju polo

22 01 2009

Salam semua,

Saya masih lagi menantikan cadangan baju polo pasukan kita. Jika ada, gunakan ruang komen di sini atau emelkannya kepada saya di aliamat.jpb@gmail.com.

Terima kasih.

SJN KT 516





Selamat bercuti

5 12 2008

Salam semua. Minggu peperiksaan sudah selesai diharungi. Oleh itu saya ucapkan selamat maju jaya dan moga semua pelajar saya dalam kursus ini menjadi manusia yang berguna. :) Amin..





Bacaan

23 11 2008

Sila dapatkan dan baca:

 

Khek Seng, Wong, (Ogos 2001). Kesilapan atau Kesalahan. dalam Pelita Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Tajuk-tajuk tatabahasa yang diungkayahkan melalui aktiviti-aktiviti dalam dan luar kuliah.

 

Sekian. Terima kasih dan selamat maju jaya.





Nota 1 PL2220

22 11 2008

Salam semua,

 

Sila muat turun nota 1 PL2220 di portal Moodle kursus kita. Nota tersebut saya letakkan di bahagian bawah halaman utama. Tolong beritahu rakan-rakan lain mengenai hal ini.

 

Seperkara lagi, jika saya ada masa, saya akan memasukkan bayangan soalan pada Isnin pagi sama ada melalui emel atau portal Moodle. Insya Allah.

Sekian,

 

Terima kasih.





Peperiksaan PL2220

19 11 2008

Salam semua,

 

Mungkin ada pelajar yang keliru mengenai jumlah soalan yang perlu dijawab.

 

Kertas soalan terbahagi kepada tiga bahagian: A, B dan C. Bahagian A mengandungi 1 soalan yang beranak (1a, 1b, 1c). Awda diwajibkan menjawab soalan ini; kegagalan menjawabnya boleh mengakibatkan awda hilang 25 markah.

Dalam Bahagian B, awda mesti memilih satu soalan (daripada tiga pilihan) untuk awda jawab; awda tidak boleh memilih dan menjawab dua soalan daripada bahagian ini.

Awda dimestikan memilih dan menjawab dua soalan daripada empat pilihan dalam Bahagian C.

Akhir kata, awda akan menjawab 4 soalan; 1 soalan wajib dan 3 soalan pilihan iaitu seperti yang diterangkan di sini.

+++

 

Ada antara awda juga yang telah mengulang kaji pelajaran dengan melihat soalan-soalan lepas. Awda tidak perlu keliru mengenai tajuk-tajuk yang dikeluarkan dalam peperiksaan-peperiksaan lepas. Untuk makluman semua, awda hanya perlu membaca buku-buku yang ada kaitan dengan tajuk dan nota-nota kuliah. Buku-buku yang saya maksudkan ialah buku rujukan wajib. Selain itu, baca slaid kuliah ulang kaji kita yang lalu kerana ada beberapa tajuk yang saya sentuh ketika ulang kaji dikeluarkan dalam peperiksaan ini. Penting sekali ialah awda memahami objektif kursus ini yang saya pernah berikan. Awda hanya akan boleh menjawab kertas ini dengan baik jika awda betul-betul faham akan objektif kursus.

Sekian, harap maklum.

 

Cg Aliamat





Aktiviti Sabtu, 1 November 2008

26 10 2008

Salam,

 

Untuk Sabtu hadapan, sila bawa komputer riba dan buku-buku rujukan tatabahasa termasuk buku teks Bahasa Melayu yang digunakan di sekolah rendah. Kita akan menghasilkan aktiviti pemelajaran berbantukan alatan elektronik berkaitan tajuk Bentuk Ayat. Oleh hal yang demikian, harap bersedia dengan isi pelajarannya.

 

Terima kasih.

 

Aliamat.





Open book test

24 10 2008

Salam,

 

Saya akan mengadakan aktiviti dan ujian ‘open book’ esok (25 Oktober 2008). Oleh itu, sila bawa Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan buku-buku rujukan wajib lain. Tolong sampaikan pesanan ini kepada semua pelajar.

 

Aliamat





Rujukan APA

17 10 2008

Salam,

 

Pada saat-saat akhir ini, masih lagi ada pelajar yang ragu-ragu mengenai bagaimana rujukan dibuat. Perhatikan panduan yang disediakan di sini (http://en.wikipedia.org/wiki/APA_style).

Untuk rujukan yang tidak berpenulis, awda boleh menggunakan cara berikut (jika buku):

 

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Pastikan nama buku ditulis penuh dan dicondongkan. Setiap awal kata ditulis dengan huruf besar kecuali kata tugas. Jika awda tidak menulis tajuk sesuatu buku itu sepenuhnya (misalnya Kamus Dewan sahaja), rujukan ini dikira salah. Awda juga perlu berhati-hati dengan tahun; gunakan tahun penerbitannya terkini.

 

Sekian dan semoga maju jaya.

 

Aliamat





Macroshot?

10 10 2008

Salam,   Lihat gambar-gambar di bawah ini. Dua daripadanya dirakam menggunakan teknik ‘macroshot’.  

  Perhatikan subjek dan latar belakang. Klik gambar agar keterangan lanjut dapat dibaca.   Sekian,   Aliamat





Projek Ingau Bahasa Siri 4

8 10 2008

Salam,

 

Untuk projek ini (siri 4), sila cari dan gambar kesalahan tatabahasa yang tercatat pada label makanan atau minuman. Saya rasa awda pada hari raya ini lebih banyak membeli makanan/minuman yang labelnya dalam bahasa Melayu.

JANGAN pilih kesalahan yang ada kaitan dengan imbuhan {di-}; kata sendi nama {di}; ejaan pada kata nama khas (misalnya Sehat) dan sebagainya.

Teknik penggambaran: gunakan ‘macroshot features’ untuk penggambaran (selalunya berlambangkan bunga).

Hantarkannya pada Sabtu, 25 Oktober 2008.

Harap maklum,

 

Aliamat








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.